Gambar Pesawat AirAsia Dihiasi Lambang Harimau Muda

Malam ini skuad Malaysia akan bertarung dengan Thailand di Bangkok untuk perlawanan pertama Final Piala AFF Suzuki 2014. LIVE Streaming di SINI. Sususlan daripada itu juga, tiga belas peminat Harimau Malaya yang memenangi peraduan AirAsia di media sosial Twitter telah berlepas ke Bangkok dalam penerbangan AK882  pada jam 11.45 pagi hari ini.


Gambar Pesawat AirAsia Dihiasi Lambang Harimau Muda

Pemenang diterbangkan dengan pesawat Airbus A320 AirAsia yang dihiasi dengan lambang Harimau Muda sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada pasukan kebangsaan Malaysia .

Semua pemenang telah secara peribadi dipilih oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia sendiri , Tan Sri Tony Fernandes .

Pertandingan ini telah dimulakan oleh Tan Sri Tony Fernandes menerusi Twitter peribadinya, yang menjemput peminat bola sepak untuk mengemukakan gambar ' penyokong Harimau Malaysia'.

Gambar terbaik yang terpilih mendapat penerbangan percuma pergi-balik ke Bangkok Don Mueang - , penginapan percuma dengan Tune Hotel dan tiket untuk perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014 antara Malaysia dan Thailand - Astro Awani


0 comment... add one now