Kod Pakaian Baru Tingkatan Enam Bermula Sesi Persekolahan 2015

Kod Pakaian Baru Tingkatan Enam
Kod Pakaian Baru Tingkatan Enam Form 6 Bermula Sesi Persekolahan 2015. Kementerian Pendidikan melalui Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, sekolah tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan Enam (6) supaya memakai pakaian mengikut standard.
Selepas berminggu-berminggu spekulasi, Kementerian Pendidikan mengesahkan pelajar yang akan penyambung pengajian ke Form 6 Tingkatan Enam dibenarkan memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian baharu bermula musim persekolahan 2015 yang akan dibuka dua minggu lagi. Ini adalah sebahagian daripada 'penjenamaan semula' Tingkatan Enam.
Antara kod pakaian baru Tingkatan Enam untuk sesi persekolahan bermula 2015 :-
1) Dibenarkan untuk memakai pakaian batik ke sekolah
2) Pelajar lelaki juga akan dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna cerah dan seluar ke sekolah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain
3) Bebas untuk memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai corak. Namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
4) Pelajar masih lagi boleh memakai uniform walaupun ianya tidak dinyatakan dalam arahan.
5) Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat. Pelajar juga dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz 'buckles' tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
6) Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.
7) Pelajar wanita selain baju kurung, mereka juga akan dibenarkan memakai seluar panjang. Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut.
8) Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
9) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-T dan pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian ketat.
10) Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki mereka. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
11) Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.
12) Kemeja-T yang dipakai tidak boleh mempunyai imej politik, ganas, kesat atau apa-apa yang dianggap negatif - mStar online

1 comment... add one now