Malaysia Vs Thailand Misi Cari Gol Awal 20 Disember 2014

Malaysia Vs Thailand 20 Disember 2014
Malaysia Vs Thailand Misi Cari Gol Awal 20 Disember 2014. Misi skuad Harimau Malaya, malam ini amat jelas - buru gol awal untuk memberi tekanan kepada Thailand dalam impian mereka menamatkan kemarau 12 tahun.
Andai ia dapat dilakukan anak didik Dollah Salleh bererti saingan dalam final kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil akan seimbang dan rancak untuk tontonan.
Namun, harus diingat. Thailand pimpinan Kiatisuk Senamuang bukan akan turun untuk bertahan sahaja malah pasti ada strategi untuk membolosi gawang tuan rumah lebih awal dan mendahului 3-0 secara agregat.
Bagi Harimau Malaya, gol awal harus menjadi keutamaan buat membakar semangat pemain untuk mengilhamkan kemenangan ke atas Thailand.
Thailand pula bakal turun ke gelanggang nanti dengan misi serampang dua mata. Pertama mereka mahu menjulang trofi kejuaraan buat kali keempat dan kedua mengejar habuan berjumlah 20 juta Baht (RM2.115 juta) selain bonus yang ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) bagi menamatkan kemarau 12 tahun - BH online
Saksikan perlawanan secara langsung live streaming di link Malaysia vs Thailand

0 comment... add one now