Video Restoran Nasi Kandar Line Clear Di Serbu MPPP

Restoran Nasi Kandar Line Clear Di Serbu MPPP


Isu perebutan giliran restoran nasi kandar popular Pulau Pinang, Nasi Kandar Line Clear di George Town terus panas apabila Bahagian Perlesenan dan Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas meja dan kerusi tanpa sebarang notis awal pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi, kira-kira 40 penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pagi tadi bertindak merampas peralatan perniagaan restoran Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang di sini. Penguat kuasa berkenaan bertindak merampas peralatan seperti meja, kerusi dan tempat membancuh minuman.
Ketika operasi itu, kira-kira lima pelanggan sedang menikmati makanan di restoran nasi kandar popular tersebut.

Sementara itu, pengusaha restoran berkenaan, Hashim Abdul Hamid berkata, dia terkejut dengan tindakan MPPP berkenaan memandangkan tidak diberi notis awal supaya mengosongkan restoran tersebut.

Sehubungan itu, dia turut membuat laporan polis berhubung tindakan MPPP tersebut di Balai Polis Daerah Timur Laut di sini - Utusan online & Astro Awani

 Video Restoran Nasi Kandar Line Clear Di Serbu MPPP Klik SINI

0 comment... add one now