JDT Mara Pusingan Kedua Jumpa Bangkok Glass Thailand

JDT Mara Pusingan Kedua Jumpa Bangkok Glass Thailand. Juara Liga Super Malaysia 2014, Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mara ke pusingan kelayakan kedua Liga Juara-Juara Asia 2015 (ACL) selepas menewaskan Bengaluru FC dari India 2-1, malam ini.

Gol kemenangan pasukan tuan rumah dihasilkan oleh S Chanthuru pada minit ke-97 masa tambahan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin.

jdt vs bangkok glass fc Terdahulu kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit permainan kelayakan pusingan pertama untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

JDT mendahului pada minit ke-47 hasil jaringan Hariss Harun tapi Eugeneson Lyngdoh menyamakan kedudukan untuk Bengaluru pada minit ke-89.

Dalam perlawanan kelayakan pusingan kedua, JDT akan menentang juara Piala FA Thailand, Bangkok Glass FC di tempat lawan Selasa ini, 10 Feb 2015 jam 800 malam.

Link live streaming JDT vs Bangkok Glass FC akan dikemaskini dari masa kesemasa.

0 comment... add one now