Video Gol Pahang Vs Yanadarbon 25 Feb 2015

Video Gol Dan Highlight Perlawanan Pahang Vs Yanadarbon 25 Feb 2015. Pahang menurut jejak langkah satu lagi wakil Malaysia di AFC Cup, JDT selepas menewaskan Yadanarbon FC 3-2 dalam perlawanan pertama Kumpulan G di Stadium Mandalar Thiri di Mandalay, Myanmar, petang ini.
 
Wira pasukan Pahang adalah pemain sayap lincah mereka, R Gopinathan yang meledakkan gol kemenangan seminit sebelum tamat perlawanan ketika anak didik Zainal Abidin Hassan seperti nyaris mahu pulang berbekal satu mata.

Dua gol lain skuad Tok Gajah adalah sumbangan Dickson Nwakaeme pada minit ke-6 dan 13 manakala jaringan tuan rumah menyusul daripada gol sendiri pemain pertahanan Pahang, Damion Stewart pada minit ke-41 dan sepakan penalti oleh Djawa Maximin pada minit ke-57.
Video Gol Pahang Vs Yanadarbon 25 Feb 2015

Pahang terpaksa bermain dengan bekalan 10 pemain selepas Razman Roslan dilayangkan kad merah pada minit ke-56 selepas satu kekasaran. Yanadarbon juga mendapat penalti kedua pada minit ke 72 hasil kekasaran Poyeng tetapi gagal disempurnakan.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan menonton siaran langsung perlawanan petang tadi, anda boleh saksikan siaran tertunda di TV9 jam 830 malam ini. 

Video gol dan highlight perlawanan Pahang dan Yanadarbon 25 Feb 2015 klik BPTV

0 comment... add one now