Video Gol Perlawanan JDT Vs East Bengal 24-2-2015

Video Gol Perlawanan JDT Vs East Bengal 24-2-2015. Pasukan berstatus bintang, Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen Piala AFC dengan nota ceria selepas membelasah East Bengal 4-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini lapor BH online. Dalam satu lagi perlawanan di kumpulan yang sama, wakil Hong Kong - Kitchee membelasah wakil Singapura, Balestier Khalsa 3-0.
 

Video Gol Perlawanan JDT Vs East Bengal 24-2-2015
Berbalik kepada perlawanan JDT, dua gol pada setiap babak permainan memberi anak didik Bojan Hodak satu permulaan positif dalam kejohanan peringkat benua dengan mengutip tiga mata pertama dalam saingan yang jelas menjadi dominasi skuad Harimau Selatan.

Tuan rumah bermula agresif dan berjaya mendahului seawal minit ke-9 apabila Nazrin menjaringkan gol cantik hasil sepakan percuma yang menewaskan penjaga gol East Bengal di sebelah kiri beliau.

Namun, pelawat kembali dalam saingan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi Ranti Martins juga daripada usaha sama sebelum Safiq Rahim membantu JDT mendahului semula 2-1 pada minit ke-39 menerusi sepakan penalti.

Selepas rehat, JDT hanya menunggu dua minit untuk melebarkan penguasaan dengan gol ketiga yang memerangkap benteng East Bengal hasil tolakan mudah S Chanturu.

Safee Sali mengukuhkan kedudukan tuan rumah dengan jaringan keempat pada minit ke-54 hasil satu sepakan gunting yang cantik di sebelah kanan pintu gol lawan.
Saksikan video gol perlawanan di BPTV.


Video gol sepakan gunting bicycle kick cantik Safee  Sali di rossa calla

0 comment... add one now