Keputusan EURO 2016 Terkini

Jadual, Keputusan Terkini Dan Carta Pasukan EURO 2016. Pusingan Kelayakan Kejohanan BOLASEPAK EURO 2016 telah bermula pada bulan September 2014 yang lalu. Untuk makluman, pasukan Perancis adalah tuan rumah untuk Pusingan Akhir EURO 2016.

Keputusan EURO 2016 Terkini



Untuk pertama kalinya, kejohanan akhir Kejohanan Eropah akan ditandingi oleh 24 pasukan daripada format 16 pasukan yang telah digunakan sejak tahun 1996. Di bawah format baru ini, pasukan yang layak ke pusingan akhir akan bertanding dalam peringkat kumpulan yang terdiri daripada enam kumpulan dengan empat pasukan setiap kumpulan. Ianya kemudian diikuti dengan peringkat kalah mati.

Sebagai tuan rumah, Perancis telah layak secara automatik untuk ke kejohanan akhir, manakala 53 pasukan negara yang lain akan bersaing dalam pertandingan kelayakan, bermula dari September 2014 hingga November 2015, untuk mendapatkan 23 slot yang tinggal.

Perancis telah dipilih sebagai tuan rumah pada 28 Mei 2010, selepas proses pembidaan di mana mereka menewaskan Itali dan Turki bagi hak untuk menjadi tuan rumah pusingan akhir 2016. Perlawanan akan dilangsungkan di sepuluh stadium dalam sepuluh bandar-bandar:. Bordeaux , Lens, Lille, Lyon, Marseille, Nice, Paris, Saint-Denis, St-Etienne dan Toulouse.

Ia akan menjadi kali ketiga Perancis menjadi tuan rumah kejohanan itu, selepas kejohanan yang julung kali diadakan pada tahun 1960 dan 1984. Pasukan Perancis telah memenangi Kejohanan Eropah dua kali: pada tahun 1984 dan 2000.

Pemenang akan mendapat hak untuk mengambil bahagian dalam Piala Konfederasi FIFA 2017 yang akan diadakan di Rusia. Jika Jerman atau Rusia menang, naib juara akan mengambil bahagian kerana Jerman sudah pun layak kerana memenangi Piala Dunia FIFA 2014, dan Rusia telah melayakkan diri sebagai tuan rumah.


Keputusan EURO 2016 Terkini

Berikut adalah Keputusan EURO 2016 Terkini sebagai panduan anda peminat sukan semua. Sila Klik pada Kumpulan untuk mengetahui Keputusan EURO 2016.


Kumpulan A - France, Romania, Albania, Switzerland
Kumpulan B - England, Russia, Wales, Slovakia
Kumpulan C - Germany, Ukraine, Poland, Nothern Ireland
Kumpulan D - Spain, Czech Republic, Turkey, Croatia
Kumpulan E - Belgium, Italy, Sweden, Republic of Ireland
Kumpulan F - Portugal, Iceland, Austria, Hungary


PUSINGAN KALAH MATI EURO 2016

Perlawanan 1: Switzerland 1(4)-1(5) Poland (9:00 malam, 25 Jun, St-Etienne) 

Perlawanan 2: Wales 1-0 Northern Ireland (12:00 malam, 26 Jun, Paris)
Perlawanan 3: Croatia 0-1 Portugal (3:00 pagi, 26 Jun, Lens)
Perlawanan 4: France 2-1 Republic Of Ireland (9:00 malam, 26 Jun, Lyon)
Perlawanan 5: Germany 3-0 Slovakia (12:00 malam, 26 Jun, Lille)
Perlawanan 6: Hungary 0-4 Belgium (3:00 pagi, 26 Jun, Toulouse)
Perlawanan 7: Italy 2-0 Spain (12:00 malam, 27 Jun, St-Denis)
Perlawanan 8: England 1-2 Iceland (3:00 pagi, 27 Jun, Nice)

SUKU AKHIR EURO 2016

  • Poland (3)1-1(5) Portugal (3:00 pagi, 1 Julai, Marseille) 
  • Wales 3-1 Belgium (3:00 pagi, 2 Julai, Lille)
  • Germany (6)1-1(5) Italy (3:00 pagi, 3 Julai, Bordeaux)
  • France 5-2 Iceland (3:00 pagi, 4 Julai, St-Denis) 

SEPARUH AKHIR EURO 2016

  • Portugal 2-0 Wales (3:00 pagi, 7 Julai, Lyon) 
  • Germany 0-2 France (3:00 pagi, 8 Julai, Marseille)

FINAL EURO 2016

  • Portugal 1-0 France (3:00 pagi, 11 Julai, St-Denis) 

4 comments.. read them below or add one

Pyan Zazz Pyan Zazz June 25, 2016
Portugal akan mencipta sejarah bola sepak... Akan menjuarai euro 2016.. Di ketuai cristiano Ronaldo. Mmg kayak lah cr pemain terbaik dunia. Go on Portugal n cr..
Pyan Zazz Pyan Zazz June 25, 2016
This comment has been removed by the author.