Keputusan Malaysia Vs Oman 26 Mac 2015

Keputusan Malaysia Vs Oman 26 Mac 2015. Pasukan Malaysia kini berada di Oman untuk perlawanan persahabatan dengan skuad Oman di Stadium Al Seeb, Muscat malam ini. Biarpun hanya perlawanan persahabatan, ia cukup penting untuk mengukur sejauh mana rentak anak buah Dollah Salleh itu beraksi di pentas lebih tinggi selepas muncul naib juara Piala AFF 2014 yang lalu tewas kepada Thailand.

Pasukan Oman bimbingan Paul Le Guen kini menduduki ranking ke-96 dunia berbanding Malaysia di kedudukan ke 153 pasti menyukarkan buat Dollah dalam rangka persiapan mengharungi kelayakan Piala Dunia 2018 serentak dengan kelayakan Piala Asia 2019 pada 11 Jun ini.

Tanpa kapten Shukor Adan yang mengumumkan persaraan sebelum tamat kempen Piala AFF tahun lalu, tugas untuk memberi arahan di atas padang dijangka diserahkan kepada pemain tengah berpengalaman Safiq Rahim.
Keputusan Malaysia Vs Oman 26 Mac 2015
Namun, apa yang menarik untuk disaksikan malam ini adalah sejauh mana Dollah berani menurunkan tujuh pemain bukan daripada skuad Piala AFF termasuk tiga pemain yang belum pernah menyarung jersi kebangsaan iaitu Che Rashid Che Halim dan Muhammad Akram Mahinan dari Johor Darul Ta’zim II dan Mohd Syamim Yahya (FELDA United).

Tanpa Safee Sali, peluang kini terbuka buat penyerang muda Selangor Ahmad Hazwan Bakri untuk menyerlah meskipun Dollah masih mempunyai pilihan menurunkan pemain berpengalaman Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Amri Yahyah dan Abdul Manaf Mamat bagi merobek gawang Oman yang bakal dikemudi penjaga gol Wigan Athletic, Ali Al-Habsi.

Kali terakhir Malaysia menentang Oman pada aksi persahabatan di bawah kendalian Datuk K Rajagobal yang menyaksikan kekalahan 0-3 di Stadium Al-Wakrah, 3 September 2010 0 myMetro.

Saksikan perlawanan ini secara Langsung di Astro Arena. Link live streaming di SINI.

KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS OMAN 26 MAC 2015 JAM 1000 MALAM
OMAN 6
MALAYSIA 0
(HT 2 - 0)
Senarai penjaring
Yaqoob Abdul-Karim Salim Al-Qasmi min 15, Abdul Aziz Humaid Mubarak Al-Muqbali min 42 (PEN) & min 50, Qasim Said Sangoor min 46, Yaqoob Abdul-Karim min 66 dan Mohsin Johar Al-Khaldi min 88 (PEN)


0 comment... add one now