Keputusan Terkini Pahang Vs JDT Piala FA 2 Mac 2015

Keputusan Terkini Pahang Vs JDT Piala FA 2 Mac 2015. Hanya satu slot lagi yang tinggal untuk ke Pusingan Ketiga Piala FA 2015 iaitu di antara juara bertahan Pahang dan Johor Darul Takzim (JDT). Perlawanan akan berlangsung malam ini di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang bermula jam 845 malam.

Perlawanan ini dijangkakan sengit kerana kontroversi melibatkan penyokong dan pasukan kedua-duanya sejak musim Liga Malaysia yang lalu. Diatas kertas, Pahang mempunyai kelebihan kerana bermain di gelanggang sendiri dengan bantuan sokongan penyokong tegar mereka.

Difahamkan tiada siarang langsung akan dipancarkan di kaca TV anda dan para peminat boleh mengikuti keputusan terkini dan penuh perlawanan melalui update daripada rangkaian web livescore di SINI.
Pahang Vs JDT Piala FA 2 Mac 2015
Berikut adalah keputusan terkini dan penuh perlawanan Pahang Vs JDT 2 Mac 2015

PAHANG 1 (Matias Conti min 20) Video gol - Gol hasil gelekan menarik Nkwaeme membolehkan Conti menanduk masuk

JDT 1 (Hariss Harun min 80) Video Gol

FT 1-1 Perlawanan dilanjutkan ke Extra Time dan sepakan penalti
Pahang menang sepakan penalti 4-2. 
Pahang 4(Matias, Stewart, Zesh, Razman)
JDT 2(Safee, Hariss) Lucho,Junior gagal


Team Lineups
PAHANG: Khairul Azhan Khalid, Saiful Nizam Miswan, Damion Stewart, Zesh Rehman, Matias Conti, Dickson Nwakaeme, Razman Roslan (C), Fauzi Roslan, Hafiz Kamal, R Gopinathan, Norazam Abdul Azih
 

JDT: Farizal Marlias, Asraruddin Putra Omar, Marcos Antonio, Safiq Rahim (C), Safee Sali, S. Kunanlan, Hariss Harun, Mahali Jasuli, Jasazrin Jamaluddin, S. Chanturu, Fadhli Shas.

Pertukaran pemain - S. Chanturu diganti dengan Nazri Nawi & Jasazrin di ganti oleh Junior Eldstal.

1 comment... add one now

HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN March 02, 2015
Makin hebat JDT sekarang ehhh ....

www.hasrulhassan.com