Tips GST Cara Elak Dari Ditipu

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan akan bermula pada 1 April 2015. Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualannya. GST dengan kadar enam peratus akan menjadikan beberapa barangan pengguna ini dijangka lebih murah.

Tips GST : Bagaimana mengelak dari ditipu dari perkongsian Muafakat Johor
1. Sebelum membeli barang, tanya dahulu harga yang dikenakan termasuk GST atau tidak.
2. Jika ada GST, tanya adakah resit rasmi akan diberikan untuk pembelian tersebut? Resit rasmi haruslah memaparkan nama dan nombor pendaftaran syarikat (Akta SSM) dan juga nombor pendaftaran GST. Jika GST dikenakan, dan tiada resit dikeluarkan, JANGAN BERURUSNIAGA.
3. Setelah berurusniaga, semak nama dan nombor pendaftaran syarikat tadi di website kastam untuk memastikan syarikat tersebut betul berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.
4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan, buat aduan ke kastam dan bawa resit tadi. Peniaga boleh dikenakan denda RM200,000 jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. Elakkan dari tertipu. Tiada resit, Jangan beli.
Sebarkan.
Kredit: Saudara Fazrul
Sumber: The Patriots
gst 2015 malaysia

Untuk panduan semua rakyat Malaysia, Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai dan ia boleh dimuat turun dari laman web di GST 2015. atau di MPIB

1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas March 19, 2015
Betul tu. Jangan samapi ditipu berkali kali..