Video Gol Perlawanan Dan Penalti Pahang Vs JDT 2 Mac 2015

Video Gol Perlawanan Dan Penalti Pahang Vs JDT 2 Mac 2015Pahang layak ke Pusingan Ketiga Piala FA 2015 selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Makmur selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 tamat tempoh permainan 90 minit dan perlawanan masa tambahan juga menemui jalan buntu.

Video Gol Perlawanan Dan Penalti Pahang Vs JDT 3 Mac 2015Pahang mendahului JDT 1-0 pada separuh masa pertama di Stadium Darulmakmur, di Kuantan hasil jaringan Matias Conti pada minit ke-20. Gol ini hasil hantaran cantik Nwakaeme. Selepas rehat, skuad Harimau Selatan pimpinan Bojan Hodak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 menerusi Hariss Harun hasil daripada sepakan sudut.

Pada penentuan sepakan penalti, pemain Pahang menjaringkan 4 gol melalui  Matias Conti, Damoin Stewart, Zesh Rahman dan Razman Roslan. Gol JDT pula dijaringkan oleh Hariss Harun dan Safee Sali manakala Luciano Figueroa dan Junior Eldstal gagal menyempurnakan penalti. 


Video Gol Perlawanan Dan Penalti Pahang Vs JDT 2 Mac 2015
Bagi mereka yang terlepas aksi perlawanan, anda boleh saksikan video gol perlawanan di link di bawah ini
Perlawanan Penuh - BPTV
Tendangan Penalti - FB

0 comment... add one now