Video Gol Perlawanan Piala FA 28 Feb 2015

Video Gol Dan Highlight Perlawanan Piala FA 27 Feb 2015 Pusingan Kedua. Pasukan gergasi Selangor layak apabila bangkit secara dramatik untuk mara ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan FELDA United 4-2 menerusi sepakan penalti dalam pertarungan sengit di Stadium Selayang, malam tadi.

T-Team turut bergelut pada saingan pusingan kedua apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-0 pada masa tambahan selepas permainan 90 minit pertama berakhir tanpa jaringan di laman sendiri.

Pasukan lain yang mara adalah Terengganu yang mudah menewaskan Melaka 3-1 di Stadium Hang Jebat manakala Lions XII dari Singapura membaham PB Melayu Kedah 4-0 di Alor Setar dan Pulau Pinang menang tipis 1-0 ke atas Perlis. JDT II pula membenam PKNS FC 2-1 dengan kontroversi layangan 3 kad merah kepada pemain PKNS. KLA SPA FC juga layak dengan menewaskan Kuantan FA 3-0 manakala Perak layak hasil kemenagan 3-1 ke atas Shahzan Muda FC.
Berikut adalah antara video gol dan highlight perlawanan Piala FA 28 Feb 2015. Kredit kepada BPTV. 
Video Gol Perlawanan Piala FA 2015

0 comment... add one now