Video Gol Selangor Vs Terengganu Piala FA 2015

Video Gol Selangor Vs Terengganu Piala FA 2015. Terengganu muncul pasukan keenam berjaya melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menyingkirkan Selangor menerusi kemenangan 3-1 pada aksi pusingan ketiga di Stadium Shah Alam, malam tadi yang berlanjutan ke masa tambahan. Selangor bagaimanapun terlebih dulu di hadapan menerusi tandukan penyerang import dari Brazil, Guilherme De Paula pada minit ke-21.

Video jaringan gol Selangor Vs Terengganu di BPTV.

Terengganu berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah kemas Vincent Bikana pada minit ke-89 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan 30 minit. Hajat Selangor mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti tidak kesampaian apabila Terengganu berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-104 apabila pertahanan import Selangor, Robert Cornthwaite tertanduk ke gawang sendiri sebelum Zairo Anuar Zailani menambah gol ketiga pada minit ke-120.

Terengganu akan bertemu Perak di suku akhir nanti.

Keputusan Piala FA:

SELANGOR 1 (Guilherme De Paula m-21) - TERENGGANU 3 (Vincent Bikana m-89, Robert Cornthwaite (gol sendiri) m-104, Zairo Anuar Zailani m-120).
Video Gol Selangor Vs Terengganu Piala FA 2015

0 comment... add one now