Video Jaringan Gol Perlawanan Liga Super 7-3-2015

Video Jaringan Gol Perlawanan Liga Super 7-3-2015. Selangor akhirnya berjaya meraih kemenangan sulung dalam saingan Liga Super, musim ini selepas garang membelasah Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-1 di Stadium Shah Alam, malam ini.
 
Dalam perlawanan lain, Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit sebelum menewaskan Sarawak 2-1 di tempat sendiri manakala Pahang turut ceria menewaskan Sime Darby 2-0 di Kuantan.
Terengganu harus menggigit jari selepas membiarkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bangkit untuk seri 2-2 di laman sendiri manakala FELDA United dan Lions XII seri 0-0 di Stadium MP Selayang.

Kemenangan penting Selangor itu juga sekali gus menamatkan rentak cemerlang barisan Azman Adnan yang meraih dua kemenangan berturut ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan sebelum ini.

Video Jaringan Gol Perlawanan Liga Super 7-3-2015
Selangor mendahului 1-0 pada separuh masa pertama menerusi sepakan mudah Ahmad Hazwan Bakri ke gawang terbuka pada minit ke-23 selepas pemain pertahanan PDRM, V Thirumurugan tersilap mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, sekali gus memerangkap penjaga golnya sendiri, Badrulzaman Abdul Halim.
Hanya selepas 34 saat separuh masa kedua bersambung, Selangor berjaya menambah gol kedua menerusi penyudah kemas Afiq Azmi yang melepasi kawalan benteng pertahanan, namun PDRM berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-58 hasil rembatan Dramane Traore dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Syamim Othman.
Selangor bagaimanapun kembali bangkit garang menambah dua lagi gol menerusi Abdul Hadi Yahya pada minit ke74, tidak sampai seminit selepas dia dimasukkan disusuli gol keempat hasil rembatan kencang kaki kiri penyerang import, Guilherme De Paula minit ke-78 - BH online

Berikut adalah sebahagian video gol jaringan dalam perlawanan Liga Super 7 Mac 2015 :-

PDRM Vs Selangor


Pahang Vs Sime Darby


Felda United Vs LIONS XII


JDT Vs Sarawak


Terengganu Vs ATM 

0 comment... add one now