Pahang Vs Yadanarbon FC 29 April 2015 AFC Cup

Pahang Vs Yadanarbon FC 29 April 2015 AFC Cup. Misi hidup mati Pahang dalam persaingan Piala AFC Cup 2015 bakal ditentukan malam ini ketika berdepan wakil Myanmar, Yadanarbon FC dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC Cup 2015) Kumpulan G, di Stadium Darul Makmur bermula 845 malam. Perlawanan ini amat penting bagi skuad Tok Gajah kerana hanya kemenangan akan dapat melayakkan pasukan berkenaan untuk mara ke pusingan seterusnya. 
Pahang sekarang menduduki tangga kedua Kumpulan G dengan 4 mata sama dengan wakil Filipina, Global FC. Yadanarbon FC pula mengutip 3 mata dan perlu menang untuk menghidupkan peluang ke peringkat pusingan kedua AFC Cup 2015.

Saksikan perlawanan ini secara langsung melalui rangkaian TV9 jam 845 malam, Khamis, 29 April 2015.

Keputusan 
Pahang 7 vs 4 Yadanarbon FC

Link Live streaming - TV9

Pahang Vs Yadanarbon FC 29 April 2015 AFC Cup


0 comment... add one now