Keputusan Terkini Global FC Vs Pahang 13 Mei 2015 Piala AFC

Live Streaming Global FC Vs Pahang 13 Mei 2015 Piala AFC. Pahang akan berkunjung ke Filipina untuk bertemu Global FC pada perlawanan terakhir Kumpulan G AFC Cup 2015. Misi Pahang di tempat lawan malam ini adalah untuk mengekalkan tangga kedua kerana mereka sudah tidak mampu untuk mengatasi pendahulu kumpulan iaitu South China FC dari Hong Kong yang mengumpul 15 mata berbanding Pahang dengan 7 mata. Global FC kini mempunyai 4 mata manakala satu lagi pasukan, Yadanarbon FC dengan 3 mata.

Global FC Vs Pahang 13 Mei 2015 AFC Cup
Pada perlawanan malam tadi, satu lagi wakil Malaysia iaitu JDT telah mengesahkan status sebagai juara Kumpulan F setelah membenam Balestier Khalsa 3-0. Dengan ini, JDT akan menjadi tuan rumah pada pusingan kedua kalah mati iaitu di antara Ayedawady atau Persib Bandung. Lawan Pahang pula jika layak adalah wakil Indonesia, Persipura Jayapura yang kini mengungguli carta Kumpulan E.

Saksikan perlawanan ini secara langsung live streaming pada jam 700 malam nanti. TV9 akan membawakan siaran tertunda perlawanan pada jam 900 malam.

Live TV9
* Link akan dikemaskini dari masa kesemasa


Keputusan Result Global FC Vs Pahang 13 Mei 2015 Piala AFC  
 
GLOBAL FC 0 vs PAHANG 0

Dalam satu lagi perlawanan, South China mengatasi Yadanarbon FC di Myanmar dengan jaringan 3-0. 

0 comment... add one now