Keputusan Terkini JDT Vs Balestier Khalsa 12 Mei 2015 AFC Cup

Keputusan Terkini JDT Vs Balestier Khalsa 12 Mei 2015 AFC Cup. Misi JDT untuk menjadi juara kumpulan F Piala AFC 2015 bakal direalisasikan malam ini  apabila JDT bertemu dengan Balestier Khalsa pada perlawanan keenam dan terakhir peringkat kumpulan Piala AFC 2015 di Stadium Larkin. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di TV9. Satu lagi perlawanan dalam Kumpulan F melibatkan pertemuan Kitchee FC lawan East Bengal FC di Hong Kong.

Kemenangan akan mengesahkan JDT selaku juara kumpulan dan mengelak bertemu pasukan kuat iaitu bakal juara kumpulan H, Persib Bandung di Pusingan Kedua AFC Cup 2015. Jika menjadi juara kumpulan, JDT akan bertemu dengan kelab Myanmar, Ayeyawady pada peringkat seterusnya (Round 16) pada 27 Mei 2015. Jadual perlawanan Pusingan Kedua AFC Cup 2015 di AFC Cup Round 16.

Live streaming JDT Vs Balestier Khalsa

Piala AFC 2015
JDT (Malaysia) vs Balestier Khalsa (Singapura)
12 Mei 2015 - Selasa
8.45 malam
Stadium Larkin
Live Streaming di TV 9

0 comment... add one now