Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 2 Mei 2015

Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 2 Mei 2015. Enam perlawanan Liga Super akan berlangsung minggu ini dengan 5 perlawanan akan berlangsung malam ini. Perlawanan JDT vs Felda United akan dilangsungkan esok malam.

PDRM FA berpeluang mengekalkan status sebagai pendahulu Liga apabila bertandang ke ATM, pasukan kedua tercorot liga ketika Selangor, JDT dan Felda United bakal menghadapi perlawanan yang sukar. Liga Super Malaysia akan berehat panjang selama hampir sebulan setengah dan akan bersambung untuk perlawanan kesebelas pada 20 Jun 2015.

CARTA KEDUDUKAN LIGA SUPER 2015 TERKINI 

Keputusan Terkini Liga Super Malaysia 2 Mei 2015
Berikut adalah jadual penuh perlawanan berserta jadual siaran langsung perlawanan untuk panduan peminat bolasepak di Malaysia :-

Perlawanan 2 Mei 2015 (SABTU) - 845 malam
ATM FA    vs PDRM FA        3 - 1  
(ATM - Venice Elphi min 45, Hairuddin Omar min 56 & 61 & PDRM - Mohd Afif Amiruddin min 13)

Pahang    vs Terengganu        3 - 2
(PAH - Zesh Rahman min 27, min 45 +2, Matias Conti min 57 & TER - Paulo Rangel min 23 - PEN & min 80)

Sarawak FA  vs  Kelantan     3 - 2 
(SAR - Griffiths min 11, Mehmet min 37, Kallang Tie min 65 & KEL - Carrilo min 19 & Wan Zaharulnizam Zakaria m-84)
 
Selangor   vs Perak      1 - 2
(SEL - Guilherme De Paula min 20 & PER - Woong Namkung min 45 +5, Nurridzuan Abu Hassan min 61)

Sime Darby  vs  LionsXII  1 - 2
(SIME - Fakhrul Kamaruddin min 23 & LIONS - Firdaus Kasman m-56, Gabriel Quek m-66)


Perlawanan 3 Mei 2015  (AHAD) - 845 malam
Johor DT  vs   FELDA - LIVE STREAMING DI JDTV

0 comment... add one now