Faktor Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895

Faktor Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895. Dalam tugasan Sejarah PT3 2015, pelajar perlu menyatakan 4 faktor punca atau sebab berlakunya Persetiaan Persekutuan 1895 dalam isi kandungan tugasan selepas pengenalan iaitu Latar Belakang.

Berikut adalah beberapa faktor terjadinya atau termeterainya Perjanjian Persekutuan 1895 :-
(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen

  • Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
  • Residen menjadi terlalu berkuasa
  • Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang- undang sendiri
  • Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen
tugasan sejarah pt3 2015
(ii) Krisis Kewangan Pahang

  • Perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British
  • Jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar

  • Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor
(iv) Sistem Perhubungan

  • Sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan
(v) Faktor Keselamatan

  • Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

1 comment... add one now