Keputusan Terkini Malaysia Vs Thailand Bolasepak Sukan SEA 4 Jun 2015

Keputusan Terkini Malaysia Vs Thailand Bolasepak Sukan SEA 4 Jun 2015. Malaysia akan turun petang ini bertemu Thailand untuk mengelakan tersingkir awal dalam kejohanan Bolasepak Sukan SEA 2015 di Singapura. Diatas kertas, Thailand mempunyai kelebihan untuk menang dan skuad Bawah 23 tahun negara perlu dirombak dan bekerja keras untuk bersaing dengan juara bertahan ini bagi mengelakan insiden memalukan dibelasah Vietnam tempohari. 

Jika Malaysia menang, persaingan merebut 2 tiket ke separuh akhir kembali terbuka dan kemungkinan perbezaan jaringan gol akan menjadi penentu. Tetapi jika Malaysia tewas, jawapannya adalah mudah yang Malaysia akan tersingkir dan ianya adalah tamparan hebat buat skuad Datuk Ong Kim Swee ini.

Berikut adalah keputusan terkini dan penuh perlawanan Malaysia vs Thailand 4 Jun 2015 jam 400 petang di Stadium Bishan, Singapura.

KEPUTUSAN
MALAYSIA     0

THAILAND     1 (Sarach Yooyen min 80)
Live streaming perlawanan boleh diikuti di Live Malaysia vs Thailand 
Result Malaysia Vs Thailand Bolasepak Sukan SEA 4 Jun 2015

0 comment... add one now