Keputusan Undian Kumpulan Bolasepak Copa America 2015 Chile

Keputusan Undian Kumpulan Bolasepak Copa America 2015 Di Chile. Peminat bolasepak dunia bakal disajikan dengan aksi menarik latin seperti Messi, Suarez, Neymar dan Falcao apabila kejohanan bolasepak berprestij benua Amerika Selatan iaitu Copa America 2015 edisi ke 44 akan berlangsung dari 11 Jun hingga 4 Julai 2015 di Chile. 

Sebanyak 12 pasukan akan merebut piala yang diadakan 4 tahun sekali ini dengan juara bertahan adalah Uruguay yang menjuarai pada tahun 2011. Buat pertama kalinya, Mexico dan Jamaica telah dipilih sebagai 2 pasukan jemputan kejohanan kali ini.
Undian Kumpulan Bolasepak Copa America 2015 Chile

Sebanyak 12 pasukan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan 4 pasukan setiap kumpulan. Kumpulan B dianggap kumpulan maut kerana menghimpunkan pasukan Argentina, Uruguay, Paraguay dan Jamaica. Berikut adalah keputusan pembahagaian kumpulan Copa America 2015 Chile :-

Kumpulan A
Chile, Mexico, Ecuador dan Bolivia

Kumpulan B
Argentina, Uruguay, Paraguay dan Jamaica

Kumpulan C
Brazil, Colombia, Peru dan Venezuela

1 comment... add one now