Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015

Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015. Objektif pertama kajian dalam membuat Tugasan Geografi PT3 tahun 2015 adalah mentakrifkan kegiatan ekonomi. Takrifan kegiatan ekonomi boleh dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti di bawah. Pastikan nama kawasan kajian ditukar mengikut tempat tinggal atau kawasan kajian anda.

Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi
Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu Telok Panglima Garang.  Antaranya adalah perniagaan, pertanian dan perindustrian.
 

Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi
Rujukan :
Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.


Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.
Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471, kegiatan ialah perihal atau keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti.

Ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: halaman 379,  bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga.

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai 

aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan. 

Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi (5 Markah)

Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan (1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier (1 Markah). Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan (1 Markah). Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan (1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan (1 Markah).


Contoh Borang soal selidik Kajian Ekonomi klik Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 

3 comments.. read them below or add one

Safiah Sazali Safiah Sazali June 19, 2015
Sumber daripada kamus dewan bahasa dan pustaka tu daripada edisi ke berapa ya? Dan di m/s berapa? Saya harap anda dpt membalas comment saya. :)
Azrin Azman Azrin Azman June 25, 2015
kamus dewan dan pustaka tu....edisi ke berape??dan m/s berapa?
Azrin Azman Azrin Azman June 25, 2015
Kamus tu edisi ke berape?dan m/s brape??