Nazmi Faiz Digantung 6 Perlawanan Angkara Insiden Meludah Pemain

Nazmi Faiz Digantung 6 Perlawanan Angkara Insiden Meludah Pemain. Muhammad Nazmi Faiz Mansor kini boleh melupakan aksi bolasepak Sukan SEA 2015 bersama skuad bawah 23 tahun negara apabila dihukum gantung 6 perlawanan. Beliau sebelum ini telah dikenakan kad merah oleh pengadil gara-gara tindakannya meludah pemain Timor-Leste pada perlawanan pertama bolasepak Sukan SEA 2015.

Hukuman berat telah dikenakan hari ini oleh Jawatankuasa Disiplin Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC) sekalipun Malaysia dilaporkan sudah pun membuat rayuan bagi menilai insiden terbabit yang berlaku ketika aksi sulung saingan Kumpulan B Sukan SEA itu, Sabtu lepas. Malaysia memenangi perlawanan menentang Timor-Leste itu dengan keputusan 1-0 namun insiden membabitkan Nazmi pada minit ke-32 yang meludah pemain lawan, Filipe Olieira, jelas menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain hampir sejam perlawanan. Malam ini Malaysia akan menentang Vietnam dalam perlawanan kedua Kumpulan B jam 830 malam. Live streaming di Live Sukan SEA.
Nazmi Faiz Digantung 6 Perlawanan

0 comment... add one now