Live Streaming Keputusan Portugal Vs Wales EURO 2016

Siaran Langsung Keputusan Portugal Vs Wales EURO 2016. Kejuaraan EURO 2016 kini sudah hampir ke penghujung dengan 4 pasukan yang layak ke Peringkat Separuh Akhir EURO 2016. 4 Pasukan yang memberikan aksi-aksi yang amat menarik dan terhebat di Pusingan Kalah Mati telah menarik perhatian orang ramai dimana dua pasukan yang layak adalah pasukan bukan pilihan(Underdog). Pasukan yang layak ke Peringkat Separuh Akhir EURO 2016 adalah Portugal, Wales, Germany dan France yang menjadi tuan rumah EURO 2016 kali ini. Perlawanan pertama Peringkat Separuh Akhir EURO 2016 akan dimulakan dengan Pasukan Portugal bertemu Pasukan Wales yang berlangsung pada 7 Julai 2016 jam 3.00 pagi dan siaran langsung akan disiarkan di ASTRO EURO CH 821/841 dan ASTRO ARENA 801.


Portugal Vs Wales EURO 2016

Portugal yang berjaya menewaskan Poland pada Peringkat Suku Akhir EURO 2016 diundi akan bertemu Wales yang menewaskan Belgium pada Peringkat Suku Akhir EURO 2016. Portugal yang dibintangi bintang-bintang terkemuka seperti Cristiano Ronaldo, Ricardo Quaresma dan lain-lain terpaksa bekerja keras bagi perlawanan Pusingan Separuh Akhir EURO 2016 menentang Wales bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir EURO 2016. Wales yang juga mempunyai barisan pemain terkemuka seperti Gareth Bale, Aaron Ramsey dan lain-lain ingin memenangi perlawanan ini bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Jadual EURO 2016 Waktu Malaysia di SINI
Keputusan dan Carta EURO 2016 Terkini di SINI
Penjaring Terbanyak EURO 2016 di SINI

Keputusan Portugal Vs Wales EURO 2016

Portugal 2-0 Wales - Cristiano Ronaldo(50m), Nani(53m)
* Akan dikemaskini pada masa perlawanan

Live Streaming Portugal Vs Wales EURO 2016

* Permainan tamat

0 comment... add one now