Live Streaming Keputusan JDT Vs South China 20 Sept 2016

Siaran Langsung Keputusan JDT Vs South China 20 Sept 2016. Tahniah kepada Johor Darul Ta'zim yang baru saja mencapai gelaran Juara Liga Super Malaysia 3 tahun berturut-turut menjadikan satu-satunya pasukan di liga malaysia yang berjaya merangkul gelaran itu. Tambahan pula, Johor Darul Ta'zim juga satu-satunya pasukan dari Malaysia yang masih bertahan di AFC Cup 2016 yang akan mula bersambung esok setelah hampir 2 bulan berehat. Johor Darul Ta'zim yang berkongsi mata bersama South China pada perlawanan pertama mereka akan meneruskan perlawanan kedua mereka di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos. Perlawanan akan berlangsung pada jam 8.45 malam pada 20 September 2016 dan akan disiarkan di TV 9 juga di Astro Fox Sport 812/832 HD.


JDT Vs South China 20 Sept 2016


Rekod pertembungan antara mereka adalah sebanyak 5 kali pertembungan di AFC Cup dan kemenangan memihak kepada South China dimana sebanyak 2 kali kemenangan keatas JDT dan dua kali seri manakala JDT hanya berjaya menewaskan South China dengan satu kemenangan. South China yang berada ditangga kelima di Liga Premier Hong Kong masih lagi tidak pernah memenangi AFC Cup dengan 7 penampilan manakala JDT pula menjadi Juara AFC Cup musim lepas dengan hanya 3 penampilan sahaja. Walau bagaimanapun, sama-sama kita memberi sokongan kepada satu-satunya wakil Malaysia yang masih lagi bertanding di AFC Cup 2016 untuk membawa sekali lagi AFC Cup ke tanah air.


Keputusan JDT Vs South China 20 Sept 2016

Johor Darul Ta'zim (3)2 - 1(2) South China - J. Lucero (57m), P. Diaz (87m), Komazec (94m)
*Akan dikemaskini pada masa perlawanan

Live Streaming JDT Vs South China 20 Sept 2016

* Permainan Tamat

0 comment... add one now