Live Streaming Keputusan Malaysia Vs Vietnam 23 Nov 2016

Siaran Langsung Keputusan Malaysia Vs Vietnam 23 Nov 2016. Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menewaskan pasukan Kemboja bagi aksi pembukaan Peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016 pada Ahad lalu. Pasukan Malaysia akan meneruskan perlawanan kedua mereka menentang pasukan Vietnam pada 23 November 2016 jam 4.30 petang. Pasukan Vietnam juga berjaya menewaskan pasukan tuan rumah (Myanmar) pada Ahad lalu dengan jumlah jaringan 1-2. Berikut adalah Live Streaming Keputusan Malaysia Vs Vietnam yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Malaysia Vs Vietnam 23 Nov 2016


Merujuk rekod pertembungan mereka sebelum ini di pentas AFF Suzuki, pasukan Vietnam telah menewaskan pasukan Malaysia hasil dua pertembungan antara mereka. Jurulatih pasukan Malaysia, Datuk Ong Kim Swee telah membuat pertukaran pemain yang amat besar dimana beliau telah memanggil semula pemain JDT, Safee Sali bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan Malaysia. Penyerang JDT , Amri Yahyah juga kelihatan telah menunjukan taringnya Ahad lalu dengan menjaringkan dua gol ketika menentang Kemboja. Untuk mengetahui senarai penuh 23 Pemain Malaysia AFF Suzuki Cup 2016 anda boleh ke SINI.


Keputusan Malaysia Vs Vietnam 23 Nov 2016

Malaysia 0 - 1 Vietnam - T. Nguyen (80m)
*Akan dikemaskini semasa perlawanan

Live Streaming Malaysia Vs Vietnam 23 Nov 2016

Berikut dikongsikan siaran langsung perlawanan Malaysia vs Kemboja yang disiarkan di RTM TV2 :


0 comment... add one now