Monday, December 10, 2018
Anugerah

Keputusan Anugerah Sukan Negara 2017

Anugerah Sukan Negara

Keputusan Anugerah Sukan Negara 2017. Anugerah Sukan Negara adalah upacara anugerah tahunan di Malaysia yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia sejak tahun 1966. Anugerah ini merupakan pengiktirafan penuh negara kepada individu-individu Malaysia yang luar biasa dari dunia sukan bersama dengan pencapaian sukan terbesar sepanjang tahun.  Berikut adalah keputusan Anugerah Sukan Negara meliputi senarai pemenang setiap kategori yang dipertandingkan.

Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai dorongan dan motivasi untuk mempertingkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa. Majlis anugerah ini mengandungi 11 jenis anugerah yang diberikan kepada atlet dan pegawai dengan syarat serta peraturan yang telah dinyatakan. Sebanyak 47 persatuan, 14 buah negeri, dan 1 Majlis Paralimpik Malaysia yang terlibat dalam majlis anugerah sukan ini.

Keputusan Anugerah Sukan Negara 2017

Keputusan Anugerah Sukan Negara Tahun 2017 (Senarai Pemenang)

Berikut merupakan  Senarai Pemenang yang telah mendapat Anugerah Sukan Negara :

Diantara nama besar yang berjaya memenangi anugerah adalah jaguh berbasikal negara, Aziukhasni Awang dan jaguh terjun, Cheong Jun Hoong. Pasukan JDT juga berjaya memenangi anugerah bersama untuk Anugerah khas,

  • Anugerah Jurulatih Wanita Kebangsaan

    •   Yoong Sze Yuin (Jurulatih skuad bola keranjang wanita kebangsaan)
  • Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan

    • Mohd Poad Md Kassim (Jurulatih olahraga negara)
  • Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan

    •   Pasukan Hoki Kebangsaan (Hoki)
  • Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan

    • Pasukan TenPin Bowling (Bowling)
  • Anugerah Olahragawan Kebangsaan

    • Azizul Hasni Awang (Berbasikal)
  • Anugerah Olahragawati Kebangsaan

    • Cheong Jun Hoong (Terjun)
  • Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan

    • Muhammad Ziyad Zolkefli (Para Olahraga)
  • Anugerah Kepimpinan Sukan

    • YB DATO’ Haji Wan Nawawi Wan Ismail ( Presiden Perseketuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) )
  • Anugerah Tokoh Sukan

    • KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah (Sultan Pahang)
  • Anugerah Khas

    • Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Hafizh Syahrin Abdullah (Pelumba Moto GP) 

Tahniah kepada pemenang dalam setiap kategori dalam Anugerah Sukan Negara. Semoga semua ahli sukan Negara dapat memberi fokus pada setiap kejohanan pada tahun ini bagi mendapatkan lagi Pingat untuk menaikkan nama Malaysia.

Leave a Reply

error: Content is protected !!