Tuesday, October 23, 2018
BOLASEPAK

Senarai Pasukan Layak Ke Piala Malaysia 2018

Malaysian Cup 2018

Senarai Pasukan Layak Ke Piala Malaysia 2018. Piala berprestij dan tertua di Malaysia iaitu Piala Malaysia akan memasuki edisi ke 92 pada tahun 2018. Apakah Senarai Pasukan Layak Ke Piala Malaysia 2018? Sebanyak 16 pasukan akan layak dan akan diundi serta dibahagikan kepada 4 kumpulan. 11 pasukan adalah dari Liga Super dan 5 pasukan dari Liga Perdana.

Piala Malaysia 2018 akan bermula pada bulan Ogos iaitu 4 Ogos dengan pusingan awal. Seramai 16 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Pasukan terbahagi kepada empat kumpulan, masing-masing mengandungi empat pasukan. Pendahulu kumpulan dan pasukan kedua dalam kumpulan selepas enam perlawanan layak ke suku akhir. Johor Darul Ta’zim adalah Juara Bertahan. Peringakt akir adalah pada 27 Oktober 2018 dan akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor. Berikut merupakan Senarai Pasukan Layak Ke Piala Malaysia.

Senarai Pasukan Layak Ke Piala Malaysia 2018

Senarai Pasukan Layak Ke Piala Malaysia 2018

Berikut adalah senarai pasukan yang berjaya layak ke peringkat kumpulan TM Piala Malaysia 2018. Pasukan yang layak akan diundi dan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap kumpulan. Perlawanan akan dilangsungkan secara home dan away. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2018.

Berikut adalah 16 pasukan yang berjaya layak ke peringkat Kumpulan TM Piala Malaysia 2018 seperti berikut :-

PASUKAN LIGA SUPER

11 pasukan teratas Liga Super setakat 24 Julai  2018 iaitu :-

Pasukan
JDT
Perak
Pahang
Terengganu
PKNS FC
Kedah
Melaka United
Kuala Lumpur
PKNP FC
Selangor
Kelantan

PASUKAN LIGA PERDANA

5 pasukan teratas setakat 24 Julai  2018 iaitu :-

Pasukan
Felda United
Felcra
Misc – Mifa
Sabah
PDRM FA

Kedudukan Pot Undian Piala Malaysia 2018

NO POTTeams
 1JDT, Perak, PKNS FC, Pahang
 2Terengganu, Kedah, Melaka, Selangor
3PKNP FC, Kuala Lumpur, Kelantan, Felda United
4Felcra, Misc – Mifa, Sabah, PDRM FA

Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya layak ke Piala Malaysia 2018. Juara bertahan adalah pasukan JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT). Selangor adalah pasukan yang paling banyak memenangi Piala Malaysia dalam sejarah bolasepak Malaysia.

Leave a Reply

error: Content is protected !!